hye kawan-kawan
entry kali nie kite nak kongsi pengalaman kite
sepanjang berada kat nur laman bestari , ulu yam
kitorang berkumpul kat bus stop dalam kol 3 petang
agak kalut jugak sebab hujan turun waktu tue
tapi tak la lebat sangat
lepas komander dah pastikan semua orang ada
kitorang pun naik la bas
ada 3 bas semuanya
sampai-sampai kat sana tengok-tengok line celcom tak ada
memang sedih la
tak dapat nak contact my lovely doubly
tak dapat nak gtau mak kite dah sampai
tapi terpaksa teruskan hidup jugaklah kan
lepas angkat semua barang-barang camping pergi ke camp site
kitorang terus dirikan khemah
lepas dah siap kitorang berkumpul kat surau solat asar dan maghrib sekali
kitorang dibahagikan dalam sepuluh kumpulan
alhamdulillah
ahli kumpulan kite pun baik-baik belaka
lepas dah bahagi group kitorang kembali kat camp site
pastu kitorang diberi tugasan memasak
lepas dah siap masak makan semua
kitorang solat isya'
lepas solat isya' kitorang dipecahkan ikut kumpulan balik
pastu diberi tugasan untuk bincang nama kumpulan
dengan buat bendera kumpulan
nama kumpulan berdasarkan nama tumbuh-tumbuhan
nama kumpulan kite stevia
khasiatnya daun nie boleh meggantikan gula
lepas dah habis bentang semua kumpulan kitorang dibenarkan tidur
tak lama lepas tue dalam 2.45 pagi kitorang kena kejut
maka aktiviti seterusnya pun bermula
operasi burung hantu
kitorang kena tutup mata pastu jalan ikut kumpulan
tapi aktiviti nie kite tak berapa nak takut sangat
sebab kain tutup mata kite tue macam tak rapat sangat
pastu nampak la cahaya-cahaya di camp site
memang dapat rasa komander-komander buat kat area-area situ aja
tapi masa komander bawak jalan-jalan sebelum diorang tarik
sorang-sorang letak satu tempat kite tergelincir kat selut mana entah
licin kot
maka terhasil lah corak kasut yang baru
aktiviti nie habes dalam 4.30 macam tue la
pastu kite nak amik giliran untuk berjaga
dah alang-alang nak tidur balik
![]() |
| sebelum aktiviti dimulakan |
![]() |
| kena tinggal sorang-sorang :( |
hari kedua pun bermula
lepas dah solat subuh berjemaah
kitorang pun jog pusing-pusing tempat tue
lepas tue kitorang sarapan pagi
sementara nak tunggu jurulatih-jurulatih bomba
yang ada nak buat aktiviti dengan kitorang pagi tue
kitorang pun main lah game ape entah namanya
yang pasti kumpulan kite menang
yeay
lepas dah jurulatih semua sampai
kitorang belajar pasal simpulan-simpulan
entah ape tak tau nama-namanya
lepas tue ada latihan selamatkan orang lemas
pertama kalinya dalam hidup kite pakai jaket keselamatan
pastu kitorang kena masuk dalam air
kite memang tak reti berenang
tapi ada jaket keselamatan jadi terapunglah
bagi kite quite susah jugaklah nak bergerak guna jaket tue
entah ke mana-mana
tapi tengok orang lain macam okay aja
haha
lepas aktiviti dalam air sepatutnya kitorang
ada aktiviti selamatkan orang jatuh ke tebing
macam tuela
![]() |
| kumpulan lagi satu yang buat aktiviti nie |
![]() |
| tengah pastikan mangsa dalam keadaan baik |
tapi kumpulan kitorang tak sempat
lepas habes solat makan semua
sepatutnya petang tue ada explorace
tapi tak jadi sebab hujan turun lebat sangat
tak leh nak buat ape la
komander suruh pikir pasal nak buat persembahan apa
masa malam kebudayaan malam tue
kumpulan kitorang dapat nyanyian kot
apa lagi kitorang layankan lagu bangau oh bangau
haha
lepas dah solat makan
kitorang terpaksa berpindah ke tempat lain
sebab khemah dah basah
lepas dah angkut semua barang dan letak kat tempat yang selamat
maka bermulalah malam kebudayaan
macam-macam persembahan ada
lepas dah habes macam biasala komander suruh tidur
lepas tue kitorang kena kejut lagi dalam pukul 3 lebih rasanya
komander pergi hilangkan sorang dalam setiap kumpulan
jadi kenalah cari diorang nie
penat gak la lari-lari cari klu bagai
aktiviti nie habes dalam kol 4.30 camtuela
pastu memang tidurlah kite
hari ketiga pun bermula
lepas dah solat kitorang runtuhkan khemah
lepas tue macam biasa kitorang jog pusing-pusing kawasan kat situ
aktiviti pagi nie larian berhalangan kot
tak tahulah nama aktiviti yang sebenarnya ape
tapi memang banyaklah halangan-halangan nya
yang paling best halangan paling last
laluan selut
memang selut penuh lah kan
lepas tue komander hantar kami ke sungai
suruh bersihkan badan semua
macam biasa hari terakhir dah nak balek kan
kenalah marah-marah dengan diorang
dah habes kena marah kitorang kemaskan balik camp site
lepas makan tengah hari
kitorang angkut barang-barang pergi surau sementara tunggu bas datang
waktu nie hujan lebat gak turun
dah macam reda sikit hujan bas pun dah sampai
kitorang pun bergerak pulang
dalam 2.45 camtu jugakla
akhirnya selamat sampai ke uitm shah alam dalam kol 4
balik-balik memang terus washinglah
akhirnya dapat rehat dengan aman
:)
![]() |
| baris baris sedia ! |
![]() |
| GRENADE ! *denda kitorang kalau ada buat salah |
![]() |
| cikgu mad :) |
p/s : maaflah kalau cerita tak berapa sangat
tak reti nak citer detail sangat
mungkin ada kesilapan sikit-sikit dari segi masa dan susunan aktiviti tapi yang penting tuela yang kite buat kat sana
















0 comments:
Post a Comment