Wahai adam
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan
penuh hikmah & sayang
Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok
menghasilkan bayang yang lurus
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya
tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman
Perasaan selembut sutera
hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin
Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Luruskanlah wanita dengan jalan yang
ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan
ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi
pimpinlah diri kepadaNya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri
semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat
Saidina Ali karamallahuwajhah…
Bukankah kamu lelaki punya peranan besar
terhadap hawa?
Lindungilah hawa itu
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran
Itulah hakikatnya andai wanita
tidak kenal Rabbinya
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur
dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak
mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil
Wahai lelaki, wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu
bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya
bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah
bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya
saling membantu
Hilangkanlah egomu kerana itu api
yang membenamkan nur kebahagiaan
Ingatlah wahai lelaki
Wahai lelaki yang punya peranan besar
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu
jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu
jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu
sumber : akuislam.com




0 comments:
Post a Comment