Blogger Layouts

Powered By Blogger

Saturday, 28 September 2013

Kembali aktif mugkin? ;)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari nie tiba-tiba terasa rajin nak menulis. Setelah agak lama bersawang blog nie sebab tak rajin nak update. Terlalu banyak kekangan masa plus tahap kerajinan nak menulis pun tiada. Jadi di kesempatan nie, sebenarnya banyak yang kite nak kongsi. Jadi mugkin kite akan cerita by the flow menggunakan gambar. Lagi senang dan mudah kan? :) Jadi, kisah pun bermula selepas entry terakhir dalam blog nie.

#1 Alhamdulillah setelah hampir empat tahun tak menjejakkan kaki di SMSAH (Jenan), akhirnya kite dapat pergi ke sekolah lama untuk program batch kite yang pertama setelah menjadi alumni. Rasa macam dah tua pula. Hee. Alhamdulillah seronok dapat kumpul ramai-ramai. Jumpa kawan-kawan lama. Masing-masing dah berubah. Semua nampak matang. Yela, dah meningkat dewasa kan semua. :) Di kesempatan nie, nak ucapkan terima kasih buat Ikhlas kawan kite masa kat Puncak Alam. Kite tumpang rumah dia di Alor Star semalam sebelum pergi sekolah. Dan juga buat Cik Nah. Kite tumpang rumah dia selepas habis program dan sebelum balik rumah. Siap sempat belajar buat kuih siput dengan Cik Nah. Apepun teringin nak datang kedah lagi. In sha Allah suatu hari nanti. Mungkin bersama-sama suami. Siapa tahu. ;)

Zealous University Exposure
26-27 July 2013


#2 Adik kesayangan kite, Irah teringin nak ada baju peplum. Almaklumlah fesyen sekarang. Oleh sebab kebanyakan baju-baju yang berada di pasaran agak mengikut bentuk badan dan sukar nak cari saiz yang sesuai, maka kakak yang baik nie pun mencarilah pola di internet. Actually, this is my first time making the peplum. Dan alhamdulillah, dengan bantuan mak tersayang berserta skill yang buat ikut suka hati maka terhasillah baju kuplem. Kuplem merupakan singkatan untuk baju kurung plus peplum. Sebab baju yang kite hasilkan nie menggunakan leher seperti baju kurung. Bukan apa, kite tak berapa nak expert lagi nak buat leher bulat bagi kemas sikit. Selalu cincai boncai aje. Hee.

Boleh digayakan dengan kain kipas belakang atau dengan seluar
:)


#3 Impian kite nak buat sarung kusyen raya alhamdulillah akhirnya tercapai. :) Sebenarnya, dah lama kite teringin nak cuba buat sarung kusyen bercorakkan sulaman reben. Tetapi memandangkan tidak berkesempatan sebelum nie, maka masa bulan puasa tadi gigih menyiapkan untuk buat kusyen raya. Alhamdulillah, kite berpuas hati dengan hasil tangan kite kali nie. Dan macam biasa, sarung kusyen tue mak tolong jahitkan sebab kite tak reti nak jahit sarung kusyen tue macam mana. Padahal sebenarnya senang aje. Maklumlah tak pernah buat sebelum nie. Suruh mak sebab mak selalu buat sarung bantal. Jadi tak payahlah nak menghabiskan masa sangat sebab waktu tue memang dah nak raya baru nak buat. Kalau suruh mak cepatlah sikitkan. Hee.

Kite ada cuba dua design bunga.
Dan inilah hasilnya.
Credit tue Kak Ann untuk tutorial yang mudah dalam buku sulaman beliau.



#4 Dan hari raya menjelang. Tema kami tahun nie warna purple. Paling sedih raya tahun nie sebab tak ada gambar satu family. Disebabkan perubahan jadual di pagi raya yang mana selalu sehari sebelum raya kami akan ziarah kubur nenek, atuk dan mak long serta kubur kakak-kakak kite. Tapi raya tahun nie, pagi raya baru kami pergi. Jadi dah kalut-kalut akhirnya tak ada gambar bersama-sama. In sha Allah semoga berkesempatan lagi nak ambil gambar raya tahun hadapan. :) Dan yang paling penting my BFF tak pernah miss datang beraya rumah kite. Thanks nek! 

Antara tetamu yang bertandang ke rumah kite.
:)


#5 Raya dah nak habis bermaksud cuti semester kite pun dah nak berakhir. Jadi kite pun hang out dengan kawan-kawan sebelum masing-masing masuk belajar balik. Alhamdulillah rasa seronok sebab ukhuwah yang terjalin tak pernah terputus malah makin bertambah kawan yang kite kenal. In sha Allah semoga persahabatan yang terjalin kekal sampai syurga. :)

Dapat kawan baru- Sheera.
:)


#6 Masa keluar hang out dengan kawan-kawan kite, sempat beli buku kraf baru. Comel sangat. And its worth. Kite dah cuba buat dan hasilnya sangat comel. Dan bercita-cita nak buat kotak tue untuk bontrot masa kahwin nanti. Hee.

My new collection! 
Comel kan?
:)


#7 Pada 7hb September yang lalu kite pergi hantar mak, abah dan achik ke Kelana Jaya. Alhamdulillah setelah dua kali terpaksa menangguhkan masa untuk menunaikan haji atas masalah kesihatan abah yang kurang baik,akhirnya tahun nie rezeki mak, abah dan acik untuk pergi menunaikan haji. Ini merupakan pengalaman kali pertama kite hantar orang pergi haji. Alhamdulillah, ramai jiran dan juga saudara-mara yang datang membantu. Hanya mampu berdoa semoga Allah membalas kebaikan mereka semua. Apepun, kite harap semoga mak, abah dan achik berada dalam keadaan yang sihat serta dipermudahkan urusan mereka di sana serta selamat pulang dan mendapat haji yang mabrur. Amin.

Nina rindu mak dengan abah! 


#8 And the first program yang kite join setelah masuk semester baru, ialah menjadi fasilitator untuk ukhuwah fillah program bersama-sama pelajar baru fakulti kite. Event nie diadakan di Bukit Cherakah, Shah Alam. Ada masa maila bersiar-siar sambil mengeluarkan peluh di sini. :)

Bukit Cherakah
21 September 2013


In sha Allah, sampai sini dulu entry kite buat kali nie. Semoga lepas nie kite masih punya kesempatan untuk menulis di blog nie. Apapun, selamat berhujung minggu semua! :)


0 comments: