Blogger Layouts

Powered By Blogger

Saturday, 19 October 2013

Sup daging korban :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari nie kite baru berkesempatan nak mengupdate blog. Sibuklah katakan. Hee. Kali nie kite nak kongsi pengalaman kite masak sup daging korban raya hari tue. Maklumlah sebelum nie masuk dapur tolong mak gitu-gitu aja. Takda lah nak menengok dari awal proses. Jadi kite pun bertungkus-lumuslah sorang-sorang  kat dapur mengerjakan daging korban nak buat sup. Alhamdulillah, rasalah macam sup daging bila siap. Hee. Yang pasti lama kot tunggu dagingnya nak empuk. Baru rasa bila masak sendiri. Selalu lari-lari dari dapur. Mak aja yang tunggu. Sekarang dah rasa lah apa yang mak rasa. Dan kite rasa lebih menghargai mak bila kite rasa betapa susahnya. menjadi seorang suri rumah. Susah bukan susah yang macam mana. Susah nak bahagikan masa sebenarnya bagi kite. Yela masih muda remaja banyak benda yang kite nak buat. Tiba-tiba terus terlintas kat fikiran boleh ke kalau aku nak kahwin awal? Kite masih rasa was-was. Hee. Apepun, pengalaman dan ilmu tue yang pentingkan. Kalau daripada sekarang dah buat persediaan bukan kata persediaan untuk alam perkahwinan sahaja tetapi untuk akhirat juga. Amalan kita bagaimana? In sha Allah, sama-sama kita baiki mana yang kurang. Tingkatkan amalan. Semoga syurga menanti kita. :)


sup daging nina catalina
:)


Esok, dah nak kembali ke Shah Alam. Sekejap aja rasa cuti nie. Apapun, tak sabar nak jumpa abah dengan mak minggu depan meraka dah pulang. Semoga semuanya selamat kembali. Selamat berhujung minggu semua! :)

0 comments: