Blogger Layouts

Powered By Blogger

Wednesday, 10 September 2014

Latihan Industri :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah, semester ini merupakan semester terakhir kite sebelum menamatkan pengajian di UiTM Shah Alam. Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu. :) Untuk pengetahuan semua semester ini adalah latihan industri. Kite berpraktikal di Pejabat MARA Sungai Besar. Apa yang istimewanya semester ini? Ada. Sebab kite duduk di rumah dengan keluarga. Setelah enam semester berlalu dan menjadi anak perantau sangat jauh daripada keluarga tersayang. Bersyukur sangat Allah bagi kite peluang untuk bersama-sama keluarga.

Gantung baju sama-sama dengan baju-baju mak
:D
Okay, masuk hari nie merupakan hari kedua kite praktikal. Mula-mula masuk pejabat cuak sahaja perasaan. Hari pertama memang bosan. Sangat. Tak ada buat apapun. Masuk hari kedua, Encik Faizal terus bagi kerja masukkan data untuk pemohon yang membuat pinjaman dengan MARA. Ambik kau! Jenuh memikir. Hee. Balik rumah pula petang tue hujan lebat. Lencun sampai rumah.

Kerja oh kerja 
Alhamdulillah, hari ni siap juga kerja yang diminta. Lepas tue seronokla bersuka ria sebelum dapat kerja baru. Hee. Okay, masa untuk rehat. Jumpa lagi semua. :)

0 comments: